Tuesday, December 4, 2012

Sembang

Sebenarnya maichemai tengah boring ni ha.  Saja-saja buat  blog baru maichemai namanya.

Kelmarin maichemai dok sembang-sembang dengan member kat ofis. Dalam dok sembang-sembang tu keluar la macam-macam kisah hingga la ke kisah kita masyarakat Malaysia yang tertipu dengan pelbagai skim.  Masyarakat kita memang pandai kan, tapi sayang kepandaian tu digunakan ke arah yang tidak baik, asyik-asyik kita ditipu aje dari kisah labu peram hingga la ke pelbagai kisah seperti yang maichemai tau skim platinum lane dan yang paling terakhir yang maichemai tau adalah kisah skim "Clik-Clik". 

Pasai kisah "Clik-Clik" ni maichemai pernah kena approach oleh seseorang dan salinan program Clik-Clik ni pun masih ada dengan maichemai lagi.  Nasib baiklah Allah telah menutup pintu hati maichemai untuk joint program ni.  Isy3, kalau tidak habis duit maichemai la.  

Serik betui maichemai dengan program yang sebegini.

Jadi kawan-kawan kat luar sana yang baca sembang maichemai ni, ingatlah kalau nak melabur ka tengok betui-betui dan kaji betui-betui sebelum kita rugi teruk.  Kawan pun tak boleh kira juga, kalau dapat kawan yang memang bersikap "tamak" dan nak cepat 'kaya' sanggup buat apa saja walaupun tipu kawan tau.  Jadi ingatla you all semua.

Pada orang yang diluar sana tu kalau nak kayapun janganla tipu orang, kesian tau.  Cuba you all fikir kalau la yang kena tu adalah diri kita sendiri, saudara mara kita, ibu bapa kita.  Habis duit simpanan tau.  Kalau nak buat apa-apa pun ingat ALLAH tau niat kita.  Orang yang menipu takkan lepas. 

Yang maichemai heran kan, perniagaan emas pun orang boleh menipukan.  Kesian kepada pelabur-pelabur.  Kisah Emas Geneva ni pun maichemai pernah kena approach dengan kawan maichemai.  Dia siap  kira macam mana nak buat bisnis emas Geneva.  Nasib baik juga la maichemai tak de duit simpanan yang banyak untuk melabur.  Kalau tak lebur.  Huh hebat penipuan mereka kan .  Maichemai cadangkan kalau nak beli emas, baik la kita pi ke kedai emas.  Tapi kedai emas pun kita kena tengok juga ada kedai emas yang wayang je.  Berhati-hati la kawan-kawan semua.  

No comments:

Post a Comment